Pemain Sarawak ke Terengganu?

Dengan musim 2016 kini berakhir, pemain pasukan Bujang Senang kini giat mencari haluan sendiri, dengan berita terbaru timbul mendedahkan bahawa pemain sayap laju Sarawak, J Partiban kini sedang berbincang dengan Terengganu untuk mengisi kekosongan pemain sayap di pasukan negeri pantai timur itu.

Sehelai dokumen yang dikatakan merupakan maklumat sulit perbincangan kontrak pemain musim hadapan Terengganu meletakkan Partiban sebagai ‘Dibincangkan’, sekaligus memberi gambaran Partiban sedang berurusan dengan pihak Terenganu FA untuk mengikat kontrak di pasukan tersebut.

Selain Partiban, beberapa pemain dari negeri lain turut tersenarai dengan status mereka diletakkan samada sebagai ‘kontrak’, ‘confirm’, dan ‘negotiate’.

Jika dokumen tersebut dijadikan sandaran berkaitan bayangan pasukan Terengganu pada musim 2017, seramai sembilan pemain sudah sah menjadi pemain pasukan Terengganu, dengan sembilan lagi sudah ditawarkan kontrak.

Selebihnya dilihat masih di dalam peringkat perbincangan.

Untuk rumusan terkini berkenaan perpindahan pemain Sarawak, sila rujuk ke sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top