Bekas pemain Lions XII, yang juga pernah dipanggil untuk sesi percubaan Burnley FC kini berminat untuk menyertai pasukan Bujang Senang.
Ianya sebenarnya bukan rahsia bahawa pemain Singapura, Sahil Suhaimi kini berada di Kuching untuk memikat barisan kejurulatihan Sarawak FA yang diketuai David Usop.
Sahil yang bermain untuk pasukan Tampines Rovers, berumur 24 tahun, dan beliau dipanggil untuk menyertai sesi percubaan Burnley FC selama sebulan pada bulan April lepas.
Walaubagaimanapun, sesi percubaan Sahil dilaporkan tidak membawa hasil, dan beliau kini berkelana ke Kuching dengan tujuan menggantikan posisi ynag ditinggalkan Mark Hartmann.
Selain pernah bermain dengan Tampines, Sahil juga pernah bermain dengan pasukan Geylang International dan Lions XII, dan merupakan seorang penyerang.