Home PENDAPAT Pemain-pemain Malaya yang mencipta nama bersama Sarawak FA

Pemain-pemain Malaya yang mencipta nama bersama Sarawak FA

Pasukan Sarawak FA telah banyak kali mengambil pemain dari Malaya (Semenanjung Malaysia) untuk menyarung jersi hitam merah pasukan tersebut.

Skill individu, pengalaman, serta siz badan yang lebih besar pemain – pemain Malaya ini memberikan mereka sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan pemain kelahiran Sarawak dahulu.

Tambah menarik, ada dianatar pemain Malaya ini tidak menyinar ketika bermain bersama pasukan di Malaya, tetap telah benar – benar menyinar apabila mewakili Sarawak FA.

Jika diperhatikan, tidak pernah ada pasukan yang 100% anak jati Sarawak memenangi piala di peringkat national, sekaligus membuktikan kepentingan pemain – pemain kelahiran Malaya ini kepada pasukan Bujang Senang. Kehebatan pemain – pemain ini apabila bersama Sarawak telah me

Di sini, kami kenang balik beberapa pemain yang telah mencipta nama apabila mereka bermain bersama pasukan Sarawak FA.

3MAZLAN WAHID

Mazlan Wahid adalah penjaga gol yang dianggap sebagai lagenda pada masa ini.  Pemain yang dilahirkan di Melaka itu telah bermain 126 kali untuk Sarawak FA sebelum menyertai Kedah pada tahun 2002.

Sepanjang bersama Sarawak FA, Mazlan telah dipanggil mewakili Malaysia dan diundi sebagai penjaga gol terbaik negara ini pada tahun 1994.

Seperti Shamsurin, Mazlan telah memenangi Piala FA, Piala Sumbangsih dan Liga Premier bersama Sarawak FA.