Leicester City hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengikat pemain muda Manchester City Kelechi Iheanacho.
Menurut laporan laman rasmi Leicester, perpindahan Ihaenacho adalah yang ke-4 pada jendela perpindahan kali ini, dan kos perbelanjaan perpindahan tidak dapat didedahkan.
Penyerang berumur 20 tahun itu dilaporkan mengikat kontrak selama lima tahun bersama bekas juara Liga Perdana Inggeris tersebut, dan beliau dikatakan percaya bahawa aspirasi Leicester adalah selaras dengan kemahuan dirinya sebagai pemain.
Di Leicester, Iheanacho akan menggunakan jersi nombor 8 dengan pengurus Leicester, Craig Shakespeare, melahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa Iheanacho mempunyai keupyaan untuk menambah kualiti pada pasukan bimbingnya. – sarawakcrocs