Pemain Kuching City akan balik bercuti semasa rehat sementara Piala Malaysia.
Ketua jurulatih The Cats, Irfan Bakti berkata pemain sudah lama tidak balik berjumpa keluarga, jadi masa cuti ini akan digunakan untuk membenarkan mereka balik dan melupakan seketika bola sepak.
“Pemain akan pulang selepas berada di kota Johor Bharu selepas meninggalkan keluarga selama 45 hari. ini dah level Piala Dunia.” kata Irfan Bakti.
“Jadi kami beri seminggu untuk mereka berjumpa keluarga, lupakan bola seketika, jumpa keluarga.
“Ini dilakukan supaya moral mereka untuk empat lagi perlawanan akan lebih baik dan sekembalinya mereka ke Pasir Gudang selepas cuti seminggu.” jelas Irfan.
// BELI BAJU PEMINAT KUCHING CITY
Dalam pada itu, Irfan mengesahkan bahawa latihan akan diteruskan selepas pemain kembali ke Pasir Gudang, yang kini merupakan pangkalan sementara kelab tersebut.
“Kami akan meneruskan latihan di sini sekembalinya budak – budak nanti.” jelas Irfan lagi.
Kuching City kini mempunyai satu mata dari dua perlawanan di Piala Malaysia dan kini menggunakan Pasir Gudang sebagai venue tempat sendiri sehingga tamatnya musim 2021 Liga Malaysia.