Susulan kejayaan pasukan wanita Sarawak FA, ketua jurulatih pasukan tersebut, En Hakimi Man telah menghantar teks ucapan terima kasih beliau untuk di paparkan kepada umum.

Menurut teks ucapan tersebut, Hakimi menjelaskan bahawa beliau bersyukur kerana diberi peluang mengemudi pasukan wanita tersebut dan berterima kasih kepada keluarga, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan semua peminat. 

Beliau turut mengulas kejayaan membawa pasukan wanita Sarawak FA menjadi juara Piala Tun Sharifah Rodziah 2017. 

Di bawah adalah teks ucapan penuh Hakimi. 

As Salam dan Salam Sejahtera… 

Pertamanya saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana dengan izin-NYA negeri sarawak memahat nama sebagai pemenang PTSR buat julung kali.  

Saya juga masih tertanya-tanya kenapa naluri hati saya  terlalu kuat dan terbuka menerima cabaran ‘heavyweights’ ini. 

Terima kasih Tuhan yg bukakan hati utk berkata ya. Setelah menganalisi sejarah PTSR saya terkejut dengan prestijnya dan baru mengetahui siapakah dia Tun Sharifah Rodziah disamping meneliti senarai pemenang sudah 30 tahun tidak tertera nama Sarawak. 

Buka dada akhbar tertera besar artikel Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Hamzah sasar Sarawak ke final begitu juga FAS. 

Tekanan amat tinggi dan saya percaya jika Tuhan mengizinkan tiada siapa dpt menidakkan.  

Kita hanya perlu berdoa, tetapkan niat yg betul, dedikasi dan gembira dgn tugas serta sentiasa berbuat baik dan memudahkan semua urusan manusia. 

Semalam sejarah telah tercipta. Saya teramat syukur kerana berjaya merealisasikan, mengembirakan dan menyatukan rakyat negeri Sarawak dgn kejuaraan sulung. 

Terima kasih buat coaching staf yg memberikan komitmen jitu.  

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak kerajaan negeri, FAS dan pihak pengurusan pasukan atas kepercayaan yg diberikan. 

Tidak lupa juga buat keluarga, sahabat media massa, rakan jurulatih dan penyokong tak kira dimana anda berada.  Doa dan sokongan kalian amat saya hargai.

Sarawak 2 – 0 Kelantan
Sarawak 3 – 0 Pahang
Sarawak 6 – 0 N9
Sarawak 0 – 0 Sabah(Win Penalti 3-2)
Sarawak 0 – 0 PDRM (Win Penalti 3-2)
Sarawak 1 – 0 Kedah

Belum ada pasukan yang menjuarai kejohanan tanpa bolos. Kita melakukannya. 

Terima kasih semua. 

Ikhlas Dari : 
Mohamad Hakimi Bin Man, Ketua Jurulatih PTSR Sarawak.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here