Pemain dari Sabah yang mempunyai kaitan dengan Sarawak kuasai senarai penjaring Liga Premier

Pemain yang berasal dari Sabah menguasai senarai penjaring terbanyak Liga Premier 2019 musim ini.

Sungguhpun demikian, kedua-dua pemain tersebut tidak mewakili negeri kelahiran mereka.

Menurut statistik yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL), Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring tempatan (Malaysia) terbanyak Liga Premier musim ini dengan sembilan gol.

Bobby yang berumur 35 tahun musim ini datang dari Beaufort, Sabah dan bermain untuk pasukan Sarawak FA.

Penjaring tempatan kedua terbanyak Liga Premier pula adalah Rozaimi Abdul Rahman yang berasal dari Papar.

Beliau bermain untuk pasukan JDT FC II.

Alto Linus yang mewakili Sabah FA dan berasal dari Keningau Sabah turut tersenarai sebagai antara penjaring terbanyak dengan empat gol.

Dalam senarai penjaring terbanyak secara keseluruhan yang turut menyenaraikan pemain import pula, Zarco Korac dari UiTM FC disahkan sebagai penjaring gol Liga Premier terbanyak dengan 13 gol.

Ini diikuti oleh Rodoljub Paunovic yang mewakili Sabah FA dengan 11 gol dan Lee Chang-hoon (PDRM FA) dan Mateo Roskam (UKM FC) dengan 10 gol masing-masing.

Menariknya, dalam senarai enam penjaring terbanyak Liga Premier musim 2019, hampir separuh telah pernah bermain untuk Sarawak FA, atau masih bersama Sarawak.

Bobby merupakan satu-satunya pemain yang masih bersama Sarawak musim ini, manakala Rozaimi dan Mateo pernah menyarung jersi Sarawak suatu ketika dulu.

Lebih manis bagi Bobby adalah hakikat beliau dinobatkan penjaring gol Liga Premier terbanyak di antara pemain Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas memenangi anugerah sama musim lalu, juga bersama Sarawak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top