Pemain Bulgaria terbaru, cuba nasib bersama Bujang Senang

Pemain pertahanan Bulgaria, Zhivko Dinev, adalah pemain import asing terbaru yang mencuba nasib bersama pasukan Bujang Senang.

Bermain sebagai pemain pertahanan, Zhivko paling lama bersama pasukan Sliven 2000, sebelum beliau melanjutkan kerjaya profesionalnya di beberapa kelab ternama Maldives, termasuk membantu pasukan Maziya menjuarai Liga Dhivehi Premier League pada tahun lepas.

Berumur 29 tahun Zhivko berketinggian 1.79m, dan dilihat rajin ketika sesi latihan bersama pasukan Sarawak petang tadi.

Beliau sedang menjalani sesi pengujian di bawah pengawasan David Usop bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Teah Dennis baru-baru ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top