Peluang pemain Bolasepak wanita Sarawak untuk menyinar 

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dato Posa Majais menggesa pasukan bolasepak wanita Sarawak untuk mengambil peluang  menunjukkan bakat mereka dengan bersungguh-sungguh dalam penyertaan mereka dalam kejohanan bolasepak wanita paling berprestij Malaysia, Piala Tun Sharifah Rodziah.

Tambahnya lagi, penyertaan pemain dalam kejohanan tersebut merupakan platform terbaik untuk mereka mengenengahkan kemampuan pemain wanita Sarawak dalam bolasepak kebangsaan sekaligus meningkatkan karier bolasepak mereka.

Memetik laporan Borneo Post, Dato Posa juga percaya wanita Sarawak mempunyai banyak bakat dalam bolasepak. Justeru, pemain-pemain harus memberikan yang terbaik untunglah kejohanan akan datang.

Kejohanan yang akan berlangsung di Miri itu akan berlangsung dari 8 hingga 18 April hasil kerjasama antara FAM dan FAS. Beberapa venue di sekitar bandar Miri seperti Stadium Miri dan padang Pusat Reakreasi Petroliam di Lutong telah dipilih untuk Kejohanan tersebut.

Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah juga merupakan medium utama untuk FAM mencari bakat untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top