Pasukan Sarawak FA hari ini mengesahkan mereka akan bermain di Liga M3 pada tahun hadapan.

Ini berikutan kekalahan perlawanan play-off Liga Premier 2020 pasukan tersebut kepada Kuching FA tadi.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Dengan penurunan ke Liga M3, pasukan Sarawak FA telah turun liga sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun sejak pasukan tersebut ditinggalkan oleh Datu Sudarsono Osman pada hujung 2016.

Pada akhir tahun 2017, Sarawak gagal mempertahankan kedudukan di Liga Super, dan telah diturunkan ke Liga Premier selepas muncul pasukan ke-11 dari 12 pasukan di liga berkenaan.

Pada tahun 2018, Sarawak FA mengakhiri musim di kedudukan ke-8, dan kekal di Liga Premier untuk musim 2019.

Pada tahun ini, Sarawak FA mengakhiri liga di tangga ke-11, dan terpaksa menentang Kuching FA untuk menentukan samada akan kekal di dalam Liga Premier, yakni liga professional paling bawah di dalam sistem bola sepak Malaysia.

Sarawak FA telah tewas kepada Kuching FA, dan akan bermain di Liga M3 musim hadapan sebagai sebuah kelab amatur.

Ini bermakna, pasukan senior Sarawak FA telah mengalami penurunan dari segi darjat sebanyak da kali dalam tiga tahun, yakni pada musim 2017 dan 2019 di bawah pengurus kini.

Apakah implikasi penurunan Sarawak FA terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak dan pasukan Sarawak FA, sama-sama kita nantikan.