Sarawak FA tidak perlu berduka ekoran menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan tercorot musim ini.
Ini adalah kerana Sarawak masih mempunyai peluang untuk kekal bermain di Liga Premier musim hadapan.
Hal ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam yang mengesahkan bahawa Sarawak perlu berdepan naib juara Liga M3 sebelum bulan November musim hadapan untuk menentukan siapa akan bermain di Liga Premier.
Aksi playoff tersebut dijangka akan berlangsung selepas tamat kempen Piala Malaysia 2019 dan Challenge Cup, dengan perlawanan diadakan di gelanggang neutral.
Jika Sarawak memenangi perlawanan tersebut, Sarawak akan terus kekal berjuang di Liga Premier untuk musim 2020.
Jikalau Sarawak tewas, Sarawak akan tersingkir ke Liga M3 sekaligus mencipta sejarah kerana Sarawak belum pernah bermain di liga amateur sejak era profesional bolasepak Malaysia.
Dalam perkembangan sama, juara Liga M3 2019 akan diberi promosi automatik ke Liga Premier 2020 ekoran keputusan Malaysia Football League hanya mengadakan satu perlawanan play-off musim ini.