Pelancaran jersi di CityOne, mengapa? 

Umum tahu bahawa pelancaran jersi dan sesi pengenalan pemain Bujang Senang lazim dibuat di CityOne Megamall sejak dua tahun lalu, tetapi mengapa? 

Persoalan ini ditimbulkan oleh ramai peminat terutama sekali apabila melihat pasukan lain sering mengubah lokasi pelancaran dan sesi pengenalan pemain mereka. 

Sebenarnya, pemilihan CityOne Megamall ada kaitan dengan penaja jersi utama pasukan Sarawak yakni Lea Sports Centre (LSC), yang mempunyai beberapa gedung pakaian berjenama di pusat membeli belah tersebut. 

Antaranya adalah Puma, Adidas dan sudah pasti LSC sendiri. 

Pemilikan banyak gedung pakaian di pusat membeli belah tersebut memudahkan pihak LSC berunding dengan pihak CityOne untuk mengadakan majlis, disamping memudahkan kerja-kerja logistik berkaitan pelancaran jersi baharu Sarawak. 

Dalam pada itu, dengan berita tidak rasmi yang kami terima bahawa LSC juga akan membuka cawangan terbesar di iCom Square pada masa hadapan, adalah tidak menghairankan jika iCom Square juga akan dijadikan salah satu tempat jeesi Sarawak bakal dilancarkan. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top