Pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengumumkan majlis pelancaran jersi baharu Sarawak FA dan sesi pengenalan pemain akan diadakan pada 19 Januari 2017. 

Memetik laman Facebook FAS, majlis tersebut akan diadakan di CityOne Megamall Kuching dan akan bermula pada jam 3 petang.

Pihak FAS turut menyeru peminat pasukan Ngap Sayot untuk turun beramai-ramai untuk menghadiri majlis tersebut. 

Rekaan jersi baharu pasukan Sarawak pada musim ini dikatakan akan mengetengahkan rekaan berunsur etnik Dayak yang ternyata memberi kelaian dalam Liga Super 2017. 

FAS sebelum ini telah menunda majlis pelancaran jersi baharu dan pengenalan pemain yang asalnya dijadualkan pada 14 Januari lepas untuk menghormati tempoh berkabung pemergian mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. 

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey