Pemain pertahanan Pau Torres telah sah menyertai Aston Villa bagi musim akan datang.
Beliau akan menggunakan jersi bernombor 14 di Aston Villa.
Pemain berusia 26 tahun itu diumumkan kelabnya yang melengkapkan perpindahan dari Villarreal, yang pada suatu ketika dahulu pernah memenangi Liga UEFA Europa bersama pengurus Aston Villa kini, Unai Emery pada musim 2020/21 LaLiga.
Ketika bersama Villareal, Torres telah bermain sebanyak 173 kali untuk kelabnya, dan 23 kali untuk negaranya.
Beliau dijangka akan diturunkan oleh Emery dalam perlawanan pra-musim Aston Villa pada 15 Julai kelak.
Torres juga mungkin akan dilibatkan dalam Pertandingan Premier League’s Summer Series yang akan menyaksikan Aston Villa bertemu Newcastle United pada 23 Julai nanti.
Pau Torres merupakan pemain kedua yang dibawa masuk ke Aston Villa untuk musim akan datang.