Pemain import Sarawak, Neyma Patrick Gerhardt telah dipanggil oleh Liberia bagi mewakili negaranya di dalam pertandingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.
Patrick dijangka akan bermain untuk Liberia pada 14 Jun, sebelum beliau kembali ke Sarawak pada June 16, empat hari sebelum Sarawak menentang Perak pada Jun 20.
Menurut informasi yang diperlolehi dari laman web Wikipedia, Patrick telah mewakili Liberia sejak tahun 2011.
Sungguhpun beliau dilahirkan di Switzerland, Patrick boleh mewakili negara Afrika tersebut kerana maklumat warisan beliau.
Pemain berumur 29 tahun itu merupakan ahli baru pasukan Sarawak selepas beliau dibawa masuk bagi menggantikan Ronald Hikspoors yang mengalami kecederaan jangka panjang.
Sumber: NST