Pasukan Piala Presiden Sarawak memulakan saingan Piala Presiden kelmarin dengan langkah sonsang selepas tewas di laman sendiri kepada Felda United.
Pasukan bimbingan S Veloo itu walaubagaimanapun menunjukkan permainan menarik dan dilihat tewas akibat ketiadaan nasib, dan kekurangan tumpuan pada babak kedua perlawanan, dimana menyaksikan Felda menjaringkan gol kemenangan.
Perkara tersebut diakui oleh S Veloo yang menyatakan bahawa penyudah pasukan beliau adalah tumpul, dan ketiadaan kecergasan yang baik menjadi punca kekalahan pasukan bimbingannya.
Tambah Veloo, faktor gagal memberi tumpuan sepanjang perlawanan juga menyaksikan Felda United berjaya memenangi tiga mata penuh pada perlawanan kelmarin.