Perlawanan persahabatan antara pasukan Lagenda Sarawak dan pasukan King of Crocs (pilihan FAS) bakal dilangsungkan di Stadium Sarawak hari ini, dan bukannya di Stadium Negeri seperti yang diharapkan ramai peminat bolasepak era 90-an.
Perubahan venue perlawanan tersebut dilakukan setelah mengambil kira keperluan untuk menyediakan Stadium Negeri untuk perlawanan pertama Liga Super menentang Pahang yang dijadualkan akan berlangsung pada sabtu ini.
Pasukan lagenda Sarawak akan menampilkan bekas pemain Sarawak seperti John Hunter, Jalil Ramli, Samsurin Abdul Rahman, Alan Vest, Zaidel Sakup, Dahlan Matussin, Ibrahim Mentali, Ramos Sari, Lucas Kalang, Abdillah Mail, Ali Sapiee, Bobby Pian, Jasmi Mohamad, Ramles Sari, Roziman Ramblie, Micheal Brenan, Johnny Joseph, Stanley Frazier dan ‘lipas kudung’ terkenal, Affendi Julaihi.
Adalah dimaklumkan bahawa penjaga gol Mazlan Wahed juga ada ditemput, tetapi terpaksa menolak akibat komitment bersama pasukan Melaka United.
Perlawanan dijadualkan akan bermula jam 4 petang,dan masuk adalah percuma.
Penyokong dijemput hadir beramai ramai menyaksikan perlawanan persahabatan tersebut dan bayaran masuk adalah percuma.
Bagi pihak SarawakCrocs, perubahan venue bagi perlawanan yang melibatkan lagenda bolasepak in agak sedih memandangkan ia sedikit sebanyak mengurangkan nostaligia kehebatan lagenda bolasepak Sarawak yang dahulunya gemilang ketika bermain di Stadium Negeri.