Pemain dan pegawai pasukan Liga Premier Kuching FA telah baru – baru ini menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta di Kuching.
Menurut maklumat yang mereka paparkan di akaun media sosial mereka, Ujian Calitan COVID-19 adalah bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) sebelum pasukan – pasukan Liga Malaysia dibenarkan menjalani latihan.
Daripada imej yang dikongsikan, sesi ujian calitan tersebut dibuat secara ‘pandu-lalu’ dengan pegawai kesihatan membuat ujian calitan terhadap pemain dan pegawai Kuching FA dalam kereta pemain dan pegawai masing-masing, tanpa perlu turun dari kereta.
Biarpun keputusan ujian tersebut dijangka akan diumumkan pada 17 Jun, sehinga artikel ini ditulis, belum ada makluman ataupun pengumuman berkenaan keputusan tersebut setakat ini.
Semua pasukan Liga Malaysia kini dalam proses mempersiapkan diri untuk menyambung semula Liga Malaysia yang dijangka akan bersambung tidak lama lagi.