Pasukan bolasepak yang berminat dipelawa oleh Persatuan Bolasepak Betong untuk menyertai saingan Piala FA Betong 2016.
Menurut kenyataan Betong FA, saingan piala kali ini “menjanjikan kelainan kerana ianya akan membenarkan semua warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas untuk turut serta menyertai pertandinga tersebut”.
Pertandingan dijangka bermula pada 10 September 2016, dan hadiah tunai RM5,000 menanti johan pertandingan bolasepak tersebut.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda digalakkan menghubungi En Saiful (0135781440), En Mohd Zaidol (0198385609) dan En Wan Boelana (01119376212).