Pasukan bola sepak SUKMA Sarawak lebih ampuh

Pasukan bola sepak yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor tahun hadapan sudah pasti akan lebih ampuh dengan cadangan bahawa pemain daripada Sarawak United III/Piala Presiden, Piala Presiden Kuching FA dan Sarawak United IV/Piala Belia digunapakai sebagai sumber pemain pasukan tersebut.

Sebelum ini, pasukan Sarawak United III (SUIII) adalah pasukan khas untuk SUKMA Johor.

Cadangan tersebut telah diutarakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Posa Majais,  apabila beliau diminta Borneo Post untuk  mengulas berkenaan persediaan pasukan tersebut untuk temasya tahun hadapan.

“Sebagai mana diketahui umum, saingan liga membabitkan tiga pasukan berkenaan sudah dibatalkan. Oleh itu, mungkin kudrat pemain dari tiga pasukan berkenaan akan digunakan bagi membentuk pasukan yang mantap untuk skuad bola sepak Sarawak,” kata Posa kepada Utusan Borneo.

“Akan tetapi kita tahu ada pemain berbakat dari Piala Presiden KuchingFA dan Piala Belia yang mampu menambah kekuatan di beberapa posisi dan kita akan menyerapkan mereka dalam pasukan ini,” katanya.

SUKMA Johor yang dijadualkan pada tahun ini telah ditunda ke 6 Mac 2021 ekoran pandemic Covid-19 yang melanda dunia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top