Partiban sah milik Bujang Senang, ingin berjaya di Sarawak

Partiban K Janasekaran, pemain sayap Perak FA yang kami ura-urakan hampir pasti menjadi milik skuad Bujang Senang, kini sah milik Sarawak bagi musim akan datang apabila Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abu Bakar Marzuki mengumumkan Sarawak telah menandatangani pemain tersebut di dalam akhbar tempatan.

Turut mengesahkan beliau bakal menyertai skuad Sarawak FA bagi musim 2015 adalah Partiban sendiri yang dihubungi oleh pihak SarawakCrocs.com.

Partiban yang dikenali dengan kepantasan beliau di padang turut menyatakan beliau amat berharap peminat Sarawak akan menyokong beliau sepanjang beliau bermain untuk Sarawak, sambil menyatakan bahawa beliau ingin mempertingkatkan kebolehan dirinya sebagai pemain bolasepak bersama sebuah pasukan gergasi seperti Sarawak.

Pemain muda Perak tersebut juga turut menambah bahawa beliau akan memberikan yang terbaik semasa bermain untuk Sarawak, dan beliau tidak akan sama sekali mempersiakan segala saat yang diberikan kepadanya untuk bermain kelak.

Dalam pada itu, Partiban turut menyatakan bahawa beliau yakin Sarawak akan mampu mencabar dalam Liga Super pada musim hadapan, dan akan layak ke Piala Malaysia.

Partiban dijangka menyertai latihan pra-musim Sarawak yang akan bermula dalam beberapa minggu lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top