Suka menyaksikan filem berunsurkan bolasepak seperti ‘Goal! The Dream Begins’ atau ‘Bend it like Beckham’?

Kini, anda boleh menyaksikan sendiri filem yang berlandaskan sejarah bolasepak Malaysia dengan kemunculan filem OlaBola!

OlaBola adalah sebuah filem yang diilhamkan dari peristiwa sebenar dan mengisahkan tentang sebuah pasukan bola sepak kebangsaan yang di anggotai oleh pemain dari pelbagai bangsa dan harus berdepan dengan pelbagai cabaran demi mengharumkan nama negara serta menggapai impian mereka dalam arena bola sepak.

Ianya diarahkan oleh Chiu Keng Guan, yang juga merupakan bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

Selain berkisar tentang bolasepak, OlaBola juga menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, keluarga dan keharmonian berbilang bangsa sebagai inti pati utama, sejajar dengan kebanyakan filem berasaskan sukan yang pernah diterbitkan.

Bagi yang terlepas atau sukar menggambarkan suasana filem ini, sila lah saksikan ‘trailer’ filem OlaBola dibawah.

Teruja?

Bah, pihak ASTRO Shaw, Golden Screen Cinema (GSC) dan Multimedia Entertainment dalam pada itu telah berbesar hati memanjangkan beberapa tiket percuma kepada pembaca dang pengikut SarawakCrocs.com baru-baru ini, dan kami akan mula membuat kuiz khas di Facebook, twitter dan instagram kami untuk mengedarkan tiket tersebut kepada pembaca-pembaca yang bertuah.

Sebelum kami berbuat demikian, berikut adalah beberapa fakta yang mungkin akan membantu anda untuk memenangi tiket tersebut:

  • Mengapa OlaBola? Perkataan ‘Ola’ membawa maksud ‘Hello’ manakala maksud ‘Bola’ dalam Bahasa Malaysia adalah sama dengan Bahasa Portugis yang digunakan secara meluas di Brazil.
  • Pengarah Chiu Keng Guan merupakan bekas penyerang terbaik bagi pasukan bola sepak sekolahnya.
  • Pra-produksi mengambil masa lebih setahun sebelum sesi pengambaran di jalan. Jumlah sesi pengambaran adalah 50 hari. Manakala pasca-produksi hanya mengambil masa 4 bulan.
  • Menjalani sesi penggambaran di beberapa lokasi menarik seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Johor dan Sabah. Turut memaparkan mercu bersejarah seperti Stadium Merdeka, keretapi di Sabah, di antara Beaufort dan Tenom, serta Broga Hill.
  • OlaBola merupakan filem pertama Malaysia yang menggunakan kesan bunyi Dolby Atmos.
  • Menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood.
  • Menggunakan khidmat sinematografi udara terbaik dari Australia, pos produksi dan pemenang anugerah audio dari Taiwan, Tu Duu-Chih. Malah, turut menggunakan khidmat Chin Ting Chang seorang pengarah fotografi dari filem Kano.
  • Membina khas pesta set fun fair. Set pengambaran di Fun Fair tersebut mulanya dilukis secara lakaran kemudian ia dimasukkan ke komputer untuk proses 3D dan akhirnya barulah ia dibina mengikut hasil 3D berkenaan.
  • Kesemua pelakon mempunyai kemahiran bermain bola sepak. Saran Kumar merupkan pemain pertahanan terbaik di sekolahnya.
  • Watak Katrina Ho, iaitu kekasih kepada watak Taukeh dipegang oleh tempat kedua Miss Astro Chinese International Pageant 2009.

Jadi tunggu apa lagi? Follow kami di Facebook, Twitter dan Instagram untuk memenangi dua tiket ke tayangan preview nanti!

Terima kasih kepada ASTRO Shaw, Golden Screen Cinema (GSC) dan Multimedia Entertainment kerana membekalkan tiket-tiket filem OlaBola!

Comments
LATEST PROMOTIONWORLD CUP PROMOTION AND CONTEST