Norshahrul puji perancangan Posa dan Sathianathan

Pemain baharu Sarawak United, Norshahrul idlan Talaha memilih untuk ke Sarawak United kerana kehadiran B Sathianathan.

Beliau yang mengesahkan bahawa akan kembali ke Malaysia kerana ingin menyelesaikan masalah peribadi juga menyatakan bahawa sesi perbincangan yang lancar bersama pasukan Sarawak United juga merupakan faktor beliau memilih untuk menolah dua lagi tawaran lain.

“Tujuan saya yang pertama adalah saya perlu selesaikan hal peribadi saya di Malaysia.” kata Norshahrul dalam temubual bersama Astro Arena.

“Proses saya berbincang dengan pasukan Sarawak berjalan dengan lancar, dan ada juga dua kelab di Malaysia yang memberikan tawaran kepada saya dan saya hanya boleh memberikan terima kasih kepada mereka.

“Mungkin pada masa hadapan jika ada jodoh, saya akan bersama mereka. katanya lagi.

Menurut Norshahrul, Sathianathan yang merupakan Pengarah Teknikal baharu Sarawak United, telah mencabar beliau untuk mengemudi pasukan Sarawak United untuk ke Liga Supr pada tahun 2022 kelak.

“Salah satunya tarikan ke Sarawak adalah Satianathan. Saya dan Sathianathan sudah banyak bekerjasama contohnya dalam pasukan Felda dan juga pasukan kebangsaan.  Beliau juga memberi cabaran untuk membawa pasukan dari Liga Perdana untuk ke Liga Super.”

Beliau juga menyatakan bahawa beliau teruja dengan cadangan projek – projek yang dicadangkan kedua -dua Posa Majais dan Sathianathan untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Sarawak.

“Apabila saya mendengar Posa dan Sathianathan memberi cadangan projek – projek diaorang, saya rasa Sarawak United akan bangkit dan akan mendapat balik zaman kegemilangan bola sepak Sarawak” kata Norshahrul lagi.

Norshahrul sah menjadi pemain Sarawak United selepas ejen beliau mengumumkan bahawa beliau telahpun bersetuju untuk bersama pasukan dari Kuching itu pada musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top