Arena bola sepak Sarawak hari ini dikejutkan dengan gambar beberapa nama besar bola sepak Sarawak yang memegang kertas A4 yag bercetak ‘POSA OUT’.
Berdasarkan gambar – gambar yang tular di media sosial, sidang media telah dilakukan oleh nama – nama besar tersebut yang mana turut terdiri daripada Awang Mahyan, Lucas Kalang, dan Mohamad Iskana Bujang.
Lucas Kallang adalah bekas pemain Sarawak FA , dengan Awang Mahyan merupakan lagenda bola sepak Sarawak.
Iskana Bujang merupakan Presiden Persauan Bolasepak Bahagian Samarahan.
Gambar – gambar dari sidang media tersebut telah dihantar kepada kami, namun intipati sidang media tersebut tidak dimaklumkan secara terperinci.
Oleh itu, pihak kami buat masa ini tidak dapat memastikan apakah intipati sebenar sidang media tersebut namun kami merasakan ianya adalah diadakan untuk menggesa presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Posa Majis, untuk meletak jawatan.
Ini bukan kali pertama Posa telah diminta meletak jawatan.
Sungguhpun demikian, ini adalah kali pertama Awang Mahyan dan Lucas Kalang dilihat memegang sepanduk ‘Posa Out’.
Kami akan mengemaskini laman ini selepas mendapat lebih maklumat lanjut, jadi jangan lupa follow kami di media sosial yakni di Instagram dan Twitter.