Pasukan Nabalu United terus unggul di tahta Borneo Soccer League (BSL) selepas lapan perlawanan liga tersebut apabila membelasah Kodok FC 7-2 di Padang UPM Ahad lalu.
Kemenangan bergaya Nabalu menyaksikan mereka mengekalkan jarak lima mata dihadapan pencabar terdekat, Merapok FC yang pada petang yang sama berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Melinsau FC 1-0.
Pasukan Wildhogs mengambil kesempatan sepenuhnya keatas Spoting FC dengan bukan sahaja menewaskan pasukan tersebut pada petang Ahad lalu, tetapi juga turut merampas kedudukan ketiga liga yang diduduki Spoting sebelum ini.
Di bahagian bawah liga pula, pasukan Sura Borneo seolah-olah terpaku di kedudukan terakhir apabila terus gagal mencatatkan sebarang mata di dalam BSL KL dengan tewas teruk 6-0 kepada Lun Tau FC.
Sungguhpun demikian, Sura Borneo masih boleh bangkit untuk keluar dari kedudukan terbawah ekoran kekalahan Sompoton FC kepada Hornbill United, sekaligus menyaksikan Sompoton FC dan Sura Borneo hanya terpisah dengan tiga mata.