Pihak pengurusan Borneo Soccer League (BSL) KL menyimpan hajat besar untuk menghantar sebuah pasukan berasaskan pemain dari Borneo Malaysia ke Liga Malaysia, dimulakan dengan Liga FAM atau mana-mana liga yang diiktiraf.
Menurut Pengerusi Penganjur BSL, Vinceton Garawat, penyertaan ke Liga FAM, atau satu liga yang diiktiraf oleh badan seperti Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ataupun Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) adalah untuk menonjolkan bakat-bakat dari Borneo.
Beliau memberi bayangan bahawa pasukan tersebut akan diberi nama Borneo United Football Club (BUFC) kerana ianya akan menggabungkan pemain dari Sabah dan Sarawak di bawah satu pasukan.
Tambah Vinceton, dengan penyertaan ke liga tersebut, bakat-bakat yang ada daripada Sabah dan Sarawak boleh dikembangkan dengan cara lebih baik dari yang ada kini, dan rangkaian sesama semua penduduk dari Borneo boleh diperbaiki lagi.
Bagi membolehkan BSL bergerak ke arah itu, pihak pengurusan BSL telah mula melihat ke arah pasukan-pasukan di dalam BSL bagi mengenalpasti bakat-bakat muda yang ada dan boleh diketengahkan.
Walaubagaimanapun Vinceton mengakui bahawa kekangan dana kini menjadi penghalang terbesar kepada hasrat mereka untuk bergerak lebih cepat, tetapi tetap optimis bahawa peluang untuk melahirkan BUFC bagi pertandingan liga yang diiktiraf bakal tercapai jika ada penaja yang mempunyai impian yang serupa dengan pihak BSL.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Sekiranya hajat mereka jadi kenyataan..dimanakah base/home rasmi mereka?
Bguz brda d daerah limbang atau labuan… krna ya brda d tgh2 borneo
Vickz Benz
Vickfely Benz
Bagus2..pasal home tu,xusah risau..kat Sabah ke kt Sarawak ke aku sokong..ni Borneo lah,satu hati satu jiwa satu Borneo
Sy sokong pendapat kamu…
Kt kalimantan or bruneikh..kataku ajaklh.😂😂
Bsl tu apa ow
Terbaik lah…
Kita kan kaya minyak..minta petronas jadi penaja..
Borneo united football club…terbaik…
Buatlah liga Borneo lagi gempk huhuhuh..
Bole join ni
BSL pe mksud tu??
BSL..borneo super legend.nma baru.huhu
👍👍👍👍👍👍
ataupun guna nama BORNEO ALLSTAR..APAMACAM ADA BERANI..?HIDUP BORNEO.