Pasuakn bolasepak Persatuan Bolasepak Miri berjaya mengekang pasukan Batang Padang di dalam perlawanan pertama aksi suku akhir Liga Bola Sepak Rakyat Peringkat Kebangsaan (LBR) 2015/2016 Sabtu lalu.
Miri yang turun sebagai salah satu wakil dari Borneo, tersentap apabila Batang padang menjaringkan gol awal perlawanan bagi meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.
Walaubagaimanapun, semangat juang pemain didikan Mohd. Hakimi Man berjaya mengikat kedua-dua pasukan semula pada separuh masa kedua perlawanan menerusi jaringan Nur Arsyad Tamit, sekaligus menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Miri bakal bakal bertemu Batang Padang di Miri 2 April ini untuk perlawanan kedua aksi suku akhir LBR.
Satu lagi wakil dari Sarawak, Persatuan Bolasepak Kuching, belum lagi boleh bermain untuk peringkat suku akhir LBR kerana masih menunggu hasil siasatan berkenaan pasukan Jeli dan Besut.