Pasukan futsal Miri FA berjaya melakar keputusan yang memberangsangkan dalam tiga perlawanan Brunei Futsal League 2017 yang berlangsung di Brunei minggu lepas.
Terdahulu, pasukan Miri FA berjaya mengikat pasukan NFT-U20 dengan keputusan 3-3.
Miri FA terus mengutip 3 mata penuh apabila membenam pasukan MS ABDB dengan jaringan 4-1.
Miri FA mengakhiri perlawanan minggu lalu dengan sekali lagi mencatat kemenangan apabila membelasah pasukan RizFiz FT dengan jaringan 3-1.
Keputusan ini menyaksikan pasukan Miri FA selesa di kedudukan ketiga liga dengan kutipan 13 mata, di belakang satu lagi pasukan wakil Malaysia dalam kejohanan ini iaitu Kuantan Rangers yang mengutip 16 mata.
Pasukan Miri FA kini berbaki 3 lagi perlawanan untuk merebut kejuaraan liga Brunei Futsal League 2017.