Bermula 10 September sehingga 1 Oktober ini, pencinta futsal seluruh dunia pastinya bakal memberikan fokus secara total kepada Kejohanan Futsal Piala Dunia 2016 yang akan disertai 24 pasukan terbaik dari seluruh dunia bagi merebut piala berprestij tersebut.

Colombia dipilih menjadi tuan rumah edisi ke-8 setelah menewaskan Republik Czech dalam bidaan penganjuran yang diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 28 Mei 2013.

Kejohanan yang bakal berlangsung selama 22 hari itu akan diadakan di Cali (Coliseo El Pueblo), Bucaramanga (Coliseo Bicentenario) dan Medellin ( Coliseo Ivan De Beodut).

Sebagai rekod, kuasa besar futsal dunia iaitu Brazil telah mengecapi nikmat selaku juara sebanyak 5 kali (1989,1992,1996,2008 dan 2012) manakala Sepanyol berjaya merekodkan kejayaan sebanyak 2 kali pada tahun 2000 dan 2004.

Lebih menarik, lagenda Brazil Falcao yang kini berusia 39 tahun masih tersenarai untuk edisi kali ini dan beliau sudah menjaringkan 38 gol dalam 25 perlawanan di Piala Dunia serta bakal menjadi pemain pertama yang membuat penampilan dalam 5 edisi berbeza (2000,2004,2008,2012 dan 2016).

Berikut adalah undian kumpulan bagi pasukan yang bertanding :

Kumpulan A
Colombia , Portugal, Uzbekistan & Panama

Kumpulan B
Thailand, Russia, Cuba & Egypt

Kumpulan C
Paraguay, Italy, Vietnam & Guatemala

Kumpulan D
Ukraine, Brazil , Mozambique & Australia

Kumpulan E
Argentina, Kazakhstan, Solomon Islands & Costa Rica

Kumpulan F
Iran, Sepanyol, Maghribi & Azerbaijan

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here