Pemain Montenegro, Milos Raickovicyang kami war-warkan akan menyertai pasukan Sarawak FA akhirnya tiba di Kuching pada malam Rabu lalu dan beliau telah mengikuti latihan bersama rakan sepasukannya yang baharu kelmarin.
Pemain berusia 23 tahun itu dalam satu video yang dikongsikan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengesahkan beliau kini hanya menunggu lulus ujian perubatan untuk menyertai pasukan bertapak di Kuching itu.
Milos yang belum pernah bermain di mana-mana negara Asia sehingga kini, yakin bahawa beliau boleh membantu pasukan Bujang Senang di dalam kempen Liga Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, kelibat Mark Hartmann sudah tidak kelihatan di padang latihan pasukan bimbingan David Usop, dan ini sekaligus memberi gambaran jelas bahawa beliau berkemungkinan sudah dilepaskan dari kontrak beliau bersama Sarawak FA.