Pemain import Sarawak FA pada musim lepas, Milos Raichovic telah mengesahkan beliau akan kembali menyarung jersi pasuakn Bujang Senang pada musim hadapan.
Menurut Milos, beliau telah ‘membuat perjanjian’ dengan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), dan akan kembali ke Kuching pada minggu hadapan bagi mengikuti pasukan untuk persediaan pra-musim.
Milos yang dibawa masuk oleh mantan Ketua Jurulatih Sarawak FA David Usop, pada pertengahan musim lepas merupakan antara pemain import yang dilihat mempunyai kualiti khususnya di bahagian tengah.
Kehadiran beliau pada pasukan musim ini menjadi tanda-tanya selepas wujud spekulasi beliau tidak akan kembali menyarung jersi pasukan Bujang Senang ekoran tunggakan gaji oleh pihak FAS.
Walaubagaimanapun, Milos sendiri telah memaklumkan bahawa isu tersebut telahpun selesai, dan beliau akan terus berkhidmat untuk pasukan Bujang Senang.
Kini, Sarawak FA mempunyai tiga pemain import termasuk Milos.