Penyerang import terbaru Sarawak, Milorad Janjus berjanji beliau akan mencuba menjaringkan gol apabila Sarawak menerima kunjungan Kelantan FA malam ini.
Beliau yang ditemuramah The Borneo Post menyatakan bahawa beliau “akan melakukan segala yang perlu untuk menjaringkan gol malam ini, dan membantu Sarawak mengecapi kemenangan.”
Tambah beliau “Tiada alasan boleh saya berikan untuk tidak berbuat demikian, kerana ini adalah tugas saya”.
Milorad setakat ini belum menemui sentuhan beliau selepas dua perlawanan di dalam Liga Malaysia. Kegagalan beliau berbuat demikian telah mengakibatkan ramai peminat untuk mengkritik persembahan beliau.
Sarawak bertemu Kelantan malam ini di Stadium Negeri, dan ianya boleh disaksikan secara langsung di Astro Arena 801.