Penyerang import Sarawak yang bakal digugurkan, Milorad Janjus, bakal bermain perlawanan terakhir beliau malam ini apabila skuad Sarawak bertandang ke Kuantan untuk menentang Pahang.
New Sarawak Tribune melaporkan bahawa Robert Alberts akan meminta Milorad untuk masuk sebagai pemain gantian sebagai penghormatan terakhir kepada beliau yang telah memberi sumbangan kepada skuad Bujang Senang bagi musim 2014.
Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu, Robert berharap Milorad akan bermotivasi tinggi untuk mengambil kesempatan tersebut agar beliau dapat mengakhiri kariernya di Sarawak pada noktah terbaik.
Pada 23 Mac 2014 kelak, tempat Milorad akan digantikan oleh seorang penyerang yang berasal dari Lubnan iaitu Hassan Mohamad.
PROMOSI: Dapatkan mafla SarawakCrocs yang terbaru dan original di sini.