Penyerang Muamer Salibasic telah dikekalkan bersama Sarawak dan tidak akan digugurkan.
Menurut Utusan Borneo, penyerang Bosnia tersebut dijangka boleh diturunkan dalam masa terdekat dan beliau sudahpun menjalani latihan bersama skuad Bujang Senang.
Dalam pada itu, Utusan Sarawak juga turut melaporkan bahawa Sarawak tidak akan menandatangani sebarang pemain import tempatan apabila pintu perpindahan dibuka 23 Mac ini.
Sarawak sebelum ini telah mengesahkan dan mengumumkan perpindahan pemain Australia Ryan Griffith ke skuad Bujang Senang, dan perkhabaran terbaru hari ini juga menyaksikan Hassan Mohamad bakal dibawa ke skuad Sarawak pada 23 Mac depan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
bagi saya la admin, not the question Muamer selamat ka sik, but most importantly, bila nya dapat deliver? apapun mudah2an nya cepat sehat. Amiin