Pasukan Bujang Senang memulakan aksi persahabatan pra-musim mereka di Semenanjung Malaysia dengan langkah kanan malam tadi selepas dan berjaya menewaskan pasukan Liga Premier MIFA-MISC 2-1 di Padang Sime Darby.
Dalam perlawanan tersebut, ketua jurulatih Ian Gallin menurunkan semua pemain yang ada di dalam pasukannya selama 45 minit, dan ini menyaksikan pemain pertahanan Hairol Mokhtar menyumbat dua gol hasil hantaran Nebojsa Marinkovic pada minit ke 27 dan 43.
Menariknya, kedua-dua gol Hairol hadir daripada situasi bola mati, sekaligus memberi indikasi bahawa Ian telah memberi lebih penekanan kepada ‘set-pieces’ sebagai persediaan musim ini.
Ian yang ditemui selepas perlawanan turut menyatakan bahawa Sarawak FA sepatutnya menjaringkan sehingga lima gol , namun beliau tetap berpuas hati dengan kemenangan tipis yang beliau anggap “cukup baik untuk senaman bagi pasukannya”.
Sarawak akan bertemu pasukan UiTM FC di Padang UM esok, 15 Januari pada jam 8:45PM.