MFL harap tiada lagi kes Covid-19 melibatkan pasukan Kuching City

Presiden Malaysia Football League, Dato’ Ab Ghani Hassan berharap tiada lagi kes positif melibatkan pemain-pemain selepas Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuching City FC kerana buat masa ini SOP pergerakan serta perjalanan Liga Malaysia dikawal sepenuhnya oleh MKN.

Walaupun begitu, MFL menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah memohon kepada MKN agar hanya pemain yang disahkan positif sahaja dikuarantin seperti amalan yang dibuat oleh liga-liga luar negara.

“Harap tiada lagi kes positif dalam kalangan pemain kerana apabila terjadi, maka MFL terpaksa menangguhkan perlawanan sehingga 14 hari serta terpaksa beri tujuh hari tambahan untuk pasukan berlatih, jadi sudah 21 hari. Kedah terpaksa menunda lima perlawanan sementara Kuching sebanyak tujuh perlawanan.” kata Ab Ghani.

“Jika berlaku lagi, maka sukar untuk MFL dan kami telah beri amaran keras agar semua pasukan menjaga SOP pemain serta perlu bertanggungjawab.

“MFL telah menghantar surat untuk memohon agar yang positif sahaja dikuarantin tetapi atas dasar indeks kes yang tinggi pada masa sekarang, permohonan itu telah ditolak.

“Bagaimanapun, MFL akan mohon lagi sebab majoriti pasukan telah divaksin dan kelonggaran ini dapat diberikan bila sudah ada dua dos vaksin, maka saya harap MKN dapat pertimbangkan.” kata Ab Ghani lagi.

Dalam pada itu, Kuching City telah memindahkan venue tempat sendirinya ke Pasir Gudang bagi memnbolehkan mereka memainkan perlawanan Liga Premier mereka tanpa banyak sekatan dan masalah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top