Merealisasikan struktur bola sepak Sarawak (Bahagian II)

Kali ini, kami ingin menerangkan bagaimana idea piramid bola sepak Sarawak ini berfungsi dan boleh direalisasikan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Daripada gambar rajah ini, kita dapat melihat peranan FAS dengan lebih terperinci lagi, selain daripada pengurusan. Penganjuran tiga kejohanan utama iaitu Liga Sarawak, Liga Bahagian dan Piala Sarawak, serta persediaan skuad-skuad Sarawak boleh dilakukan secara lebih tersusun dan berstruktur.

Secara teorinya, sebuah pasukan di kedudukan terbawah piramid boleh meniti ke atas sehingga menjuarai Liga Sarawak dalam masa beberapa tahun.

Untuk Liga Sarawak:

a) Liga Premier Sarawak (SPL) – 20 kelab dari seluruh negeri
b) Liga Dua Sarawak (2SL) – 24 kelab dari seluruh negeri

Kedua-dua liga ini memiliki dua kenaikan dan dua penyingkiran. Dua pasukan teratas SPL akan layak secara automatik ke Liga Super Malaysia (MSL) dan dua pasukan terbawah akan ke 2SL. Bagi 2SL pula, dua pasukan teratas akan naik ke SPL dan dua tercorot akan gugur ke Liga Bahagian mengikut bahagian asal kelab tersebut.

Bagi Liga Bahagian:

a) Liga Barat Laut (Northwest) – 8-12 kelab dari setiap bahagian di barat laut Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong dan Sarikei);
b) Liga Timur Laut (Northeast) – 8-12 kelab dari setiap bahagian di timur laut Sarawak (Limbang, Miri, Kapit, Bintulu, Mukah dan Sibu)

Uniknya, kedua-dua liga ini dibahagikan kepada dua kumpulan dan diadakan selari. Dua pasukan teratas akan layak secara automatik ke 2SL, manakala juara setiap kumpulan akan bertemu di final untuk menentukan juara Liga Bahagian.

Jika struktur ini dilabur dan digiatkan, rasanya bola sepak Sarawak akan jadi lebih menarik. Ini sekaligus akan menarik golongan korporat untuk turut sama melabur dan membolehkan FAS meningkatkan nilai estetik dan komersil bagi kejohanan-kejohanan ini.

Untuk siri seterusnya, kita akan lihat bagaimanakah Piala Sarawak boleh dihidupkan semula dengan lebih gah berbanding yang ada sekarang. – SARAWAKCROCS.COM/RSI

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top