Mental lemah!

Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop menyifatkan ada di antara pemain-pemainnya mempunyai kekuatan mental yang lemah, sekaligus menyebabkan Sarawak tewas kepada Pulau Pinang Sabtu lepas.

Menurut David, kepadatan jadual Liga Malaysia musim ini turut mendorong pemain-pemainnya keletihan, sekaligus menyaksikan pelan taktikal yang direncanakan gagal disempurnakan dengan jayanya.

Sungguhpun demikian, David enggan menjadikan kedua-dua masalah tersebut sebagai alasan, dan memuji pasukan Pulau Pinang yang beliau katakan ‘beraksi dengan lebih baik’.

David juga menjelaskan bahawa Pulau Pinang telah mengambil kesempatan penuh ke atas kelonggaran barisan pertahanan beliau untuk menjaringkan dua gol penting.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top