“Mental kena kuat” – David Usop

1  JULAI – Pemain Sarawak FA perlu memperkuatkan mental mereka bagi mengharungi bulan Julai ini.  Demikianlah kata Ketua Jurulatih Sarawak FA David Usop pada rancangan pra-perlawanan Liga Super di antara Sarawak FA dan Kelantan FA di Kota Bharu. 

Menurut David, bulan Julai akan menyaksikan pasukan beliau bersama-sama pasukan lain di Liga Malaysia mengharungi sembilan perlawanan dan ini akan melihat pemain perlu bersedia secara mental dan fizikal sepanjang bulan. 

David menjelaskan, kecederaan akan menyaksikan pemain terpaksa direhatkan dan tidak diturunkan untuk perlawanan penting, dan ini akan mengganggu prestasi pasukan sekiranya mental pemain tidak kuat. 

Dalam pada itu, David terus melahirkan keyakinan barisan pemainnya mampu melakukan yang terbaik di dalam saingan Liga Malaysia selepas rehat panjang. – Sarawakcrocs.com 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top