LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan bola sepak 15TKB SMK Matang Jaya akan menentang pasukan bola sepak 15TKB SMK Petra Jaya dalam pertarungan akhir Pertandingan Bola Sepak MSSM 15TKB Zon B Kuching.

Kedua – dua pasukan tersebut berjaya menundukkan lawan masing – masing di peringkat separuh akhir dengan SMK Petra Jaya menjinakkan SMK (A) SHOAW 2-1 pada perlawanan yang bermula jam 2 petang tadi, dan SMK Matang Jaya menjinakkan seteru setempatnya SMK Matang Hilir, 2-0 pada perlawanan terakhir hari ini.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Ini bermakna, pasukan SMK (A) SHOAW dan SMK Matang Hilir keduanya tersingkir dari pertandingan itu, sekaligus melagakan dua pasukan terkuat pertandingan tersebut di perlawanan akhir yang dijadualkan pada sebelah pagi esok di Padang Bolasepak SMK Matang Jaya.

Untuk rekod, kedua – dua pasukan belum lagi tewas setakat ini, namun SMK Petra Jaya dilihat mempunyai kelebihan kerana telah memenangi semua perlawanan mereka setakat ini.

Keputusan perlawanan pertandingan tersebut adalah seperti di bawah:

  • Perlawanan peringkat Kumpulan
    • SMK Petra Jaya (6 – 0) SMK Sg Maong
    • SMK Batu Lintang (1 – 2) SMK (A) Matang 2
    • SMK Matang Hilir (2 – 0) SMK Sg Maong
    • SMK Matang Jaya (1 – 1) SMK (A) SHOAW
    • SMK Matang Jaya (2 – 0) SMK (A) Matang 2
    • SMK (A) SHOAW (4 – 1) SMK Batu Lintang
    • SMK Petra Jaya (2 – 1) SMK Matang Hilir
    • SMK Batu Lintang (0 – 7) SMK Matang Jaya
    • SMK (A) Matang 2 (1 – 1) SMK (A) SHOAW
  • Perlawanan Separuh Akhir
    • SMK Petra Jaya (2 – 1) SMK (A) SHOAW
    • SMK Matang Jaya (2 – 0) SMK Matang Hilir

Pasukan SMK Matang Jaya pula mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah, namun dengan pertandingan tersebut diadakan di tempat tertutup, ianya mungkin tidak akan memberi terlalu banyak kelebihan kepada pasukan yang menggunakan baju oren itu.

Dari segi serangan pula SMK Petra Jaya dilihat lebih ampuh ekoran 10 gol yang berjaya mereka jaringkan dari tiga perlawanan setakat ini (purata 3.33 gol/perlawanan), berbanding SMK Matang Jaya yang menjaringkan 12 gol dari empat perlawanan (purata 3 gol/perlawanan).

Sungguhpun demikian, SMK Matang Jaya dilihat mempunyai barisan pertahanan yang lebih baik berbanding SMK Petra Jaya kerata purata bolos mereka adalah lebih rendah, yakni 0.25 gol/perlawanan, berbanding SMK Petra Jaya yang mempunyai 0.67gol/perlawanan.

Dengan analisis data persembahan kedua – dua pasukan sangat rapat, ianya dirasakan perlawanan akhir esok yang dijadualkan pada sebelah pagi akan berlangsung dengan sengit sekaligus memahkotakan juara bola sepak MSSM 15TKB Zon B Kuching.

Sumber gambar: SMK Matang Jaya