Masalah pelunasan hadiah wang tunai daripada pertandingan yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Sibu (Sibu FA) akan dilangsaikan dengan kadar segera.
Menurut Presiden Sibu FA, Fadzil Taman, hadiah bernilai RM12,000 untuk beberapa pasukan yang bertanding di dalam Liga Bolasepak Sibu tahun lepas akan dibayar dalam bulan ini.
Beliau berharap pasukan yang layak memenangi hadiah tersebut bersabar, sambil mengatakan bahawa wang ganjaran tersebut akan diperolehi selepas Mesyuarat Agung FAS hujung minggu ini.
Enam pasukan yang layak menerima hadiah yang disebutkan adalah tiga pasukan teratas Divisyen I Liga Bolasepak Sibu dan tiga pasukan teratas Divisyen II Liga Bolasepak Sibu.
Dalam pada itu, Fadzil juga berharap pihak yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut, menghubungi beliau terus di talian 0194683808.