Masalah pasukan Sarawak FA lebih dalam dari FAS?

Apa yang dilakukan oleh Liridon Krasniqi terhadap Nidzam Adzha jelas tidak profesional. Ramai yang mengutuk tindakan kurang bijak beliau. Tetapi ada satu perkara yang ramai terlepas pandang.

Apa yang dilakukan oleh Mat Don itu dinamakan “whistle blower” di dalam istilah korporat. Jika beliau tidak membuat demikian tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada kem Kedah.

Sebelum ini, ramai peminat tertanya-tanya apa yang menjadi punca penurunan prestasi pasukan Kedah.

Ramai yang menyalahkan pemergian Tan Cheng Hoe ke skuad kebangsaan tetapi ada berita yang lebih panas rupanya.

Kini segalanya sudah terjawab. Ada “mutiny” dikalangan pemain senior dan pemain import.

Ini mewujudkan ketidakstabilan dalam kem Kedah sekaligus mengundang keputusan yang buruk.

Kedah layak ke final Piala Malaysia tiga kali berturut-turut tetapi tersingkir awal pada tahun ini. Sekurang-kurangnya peminat Kedah sudah mengetahui sebab dan pihak pengurusan boleh menyusun semula pasukan untuk musim hadapan.

Adakah benda yang sama berlaku di kem Sarawak. Mungkin ianya terjadi tetapi tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Adakah kerana takut dikenakan tindakan atau mengambil sikap tidak apa.

Jika ada pemain Sarawak yang berani menjadi “whistle blower” mendedahkan apa yang terjadi di dalam pasukan sekurang-kurangnya pihak pengurusan akan lebih maklum akan keadaan kem pasukan.

Peminat juga sering melakukan spekulasi dan perkara ini akan dihentikan jika mereka mendapat berita yang tepat. Pasukan bola sepak tidak akan menjadi pasukan yang bagus jika terdapat masalah di dalam pasukan.

Ayuh pemain Sarawak. Buktikan spekulasi peminat bahawa ada masalah yang sedang berlaku di dalam pasukan.

Jika anda diam maka peminat akan terus bermain teka-teki. Ingatlah bahawa pasukan Sarawak milik semua dan bukan milik individu.

Tiada siapa yang lebih besar dari pasukan. Fikir-fikirkanlah. – SARAWAKCROCS.COM/JJF

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top