Pasukan Harimau Malaya membuat kejutan besar malam ini apabila menewaskan pasukan Thailand di Stadium National Bukit Jalil.
Kemenangan yang tidak dijangka hadir memandangkan Thailand mempunyai rekod baik di dalam siri kelayakan Piala Dunia/Piala Asia 2023 dan kini terletak pada kedudukan rangking Persekutuan Bolasepak Dunia (FiFA) yang lebih tinggi berbanding Malaysia.
Thailand bermula garang pada perlawanan yang bermula pada jam 8.45PM dengan jaringan awal pada minit ke-7 melalui Chanatip Songkrasin.
Malaysia yang enggan mengalah dan merapatkan jurang melalui jaringan cantik Brendan Gan pada minit ke-26, hasil hantaral Shamel Kutty.
Keputusan seri itu kekal sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Malaysia sekali lagi menjaringkan gol apabila Mohamadou Sumareh menewaskan perangkap offside dan merembat masuk bola hantaran Brendan untuk gol kedua Malaysia pada minit ke 56.
Thailand cuba bangkit namun kekebalan Khairul Azlan mengecewakan cubaan demi cubaan dari Thailand yang semakin ghairah untuk menyamakan kedudukan.
Dengan permainan memasuki minit-minit terakhir perlawanan, Thailand menggandakan asakan namun kubu Malaysia terus bertaha hingga masa penuh, sekaligus memberikan Malaysia tiga mata berharga.
FT Malaysia 2-1 Thailand