Pasukan bimbingan jurulatih German Frank Bernhardt berjaya mengekang pasukan senior Nepal dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Paroi malam ini.

Perlawanan yang disaksikan hampir 2,000 penyokong Nepal menyaksikan pasukan pelawat mendahului perlawanan pada minit ke 36 apabila Bharat Khawas menyumbat gol pertama perlawanan, selepas menewaskan Muhammad Haziq.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Malaysia cuba bangkit dengan serangan pantas, namun serangan Malaysia yang diketuai Thanabalan gagal memecahkan kebuntuan sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Bernhardt membuat beberapa pertukaran, termasuk memasukkan Mohammad Farhan Roslan dan Muhammad Arif Anwar.

Tindakan beliau membuahkan hasil apabila Arif berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat sehingga tamat masa perlawanan.

Malaysia 1-1 Nepal.