2018 namun masalah gaji masih menghantui kemeriahan Liga Malaysia ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan hanya pasukan JDT yang tidak mempunyai masalah tentang gaji pemain.
Pasukan lain masih bergelut. Yang terbaru kita digemparkan dengan berita mengatakan pemain Melaka United sudah dua bulan tidak menerima gaji. Alasan klise yang diberi pengurusan adalah pertukaran tampuk kepimpinan kerajaan negeri memberi kesan kepada mereka.
Untuk Sarawak, khabar yang kuat di laman sosial kini adalah pemain juga belum dibayar.
Namun begitu adakah ini perkara utama yang menjadi faktor kemerosotan prestasi pasukan Sarawak FA?
Kita akui siapa yang ingin bekerja tanpa gaji. Tidak adil mengikut undang-undang buruh dan tidak baik dari sudut manusiawi.
FA Sarawak mungkin hanya akan bertindak jika elaun mereka ditarik balik. Tetapi berdiam diri jika terkena kepada pemain.
Tahukah anda, pasukan UKM FC yang mengkuliahkan kita minggu lepas sebenarnya juga sudah 2 bulan setengah bermain tanpa gaji.
Penaja memberikan kata dua iaitu jika menang barulah jumlah penajaan baru akan dibayar. Sebab itulah pemain bermain mati-matian menentang Sarawak. Demi gaji.
Persoalannya juga, adakah pemain yang digelar anak jati Sarawak akan terus diperkotak katikkan oleh kontrak yang khabarnya berat sebelah?
Saban minggu semakin banyak perkara buruk FA Sarawak kami dengar dari segenap sudut namun mereka masih mampu bertenang seperti tiada apa yang berlaku.
Yang terkini yang berkenaan gaji sememangnya bukan perkara yang harus dipandang enteng.
Gaji pemain adalah hak pemain, dan FA Sarawak mempunyai amanah untuk menunaikannya sebaiknya.
Dalam pada itu, selamat maju untuk untuk Challenge Cup 2018. – SARAWAKCROCS.COM/JJF