Heboh kelmarin di media sosial bahawa pasukan bolasepak Pahang telah diberikan kemenangan percuma berikutan dakwaan bahawa Kedah telah menurunkan pemain yang didakwa digantung perlawanan.

Pihak SarawakCrocs tidak dapat mengenalpasti pemain yang didakwa digantung perlawanan buat masa ini.

Walaubagaimanapun, menurut sumber SarawakCrocs, sememangnya Pahang ada menghantar surat bantahan kepada pihak pengurusan Liga Malaysia, yakni Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), namun keputusan rasmi berkenaan hal tersebut belum dihebohkan oleh jawatankuasa tatatertib. 

Di twitter, beberapa sumber yang rapat dengan perkembangan bolasepak Pahang juga enggan mengesahkan berita tersebut, dengan laman web TokGajah.com meminta peminat dan pemain Pahang fokus kepada perlawanan terakhir Liga Super mereka yang akan menentukan halatuju pasukan Pahang pada musim lalu.

Pemberian tiga mata kepada Pahang, jika benar, akan mengubah kedudukan Pahang di dalam Liga Super, sekaligus memberikan Pahang kelebihan besar untuk terus kekal di Liga Super pada musim hadapan.

 

32 COMMENTS

  1. Jgn2 dua2 pihak sengaja set up mcm ni..biar team sarawak turun liga..dlu pun mcm tu gak..asal tau pahang nk turun liga..last minit buat law baru..what the ****

  2. Saya harap orang Sarawak janganlah benci Pahang. Ya .Presiden FAM orang Pahang tetapi tahukah anda banyak keputusan dalam FAM bukan di tangan baginda ? Exco FAM lebih berkuasa membuat keputusan dan merencana hala tuju FAM. Tolonglah jangan ungkit kembali kisah diselamatkan daripada jatuh liga dengan menukar format, move on , Pahang telah jatuh liga pada tahun 2012 dan naik kembali. Pahang telah hilang kelayakan AFC 2016 yang mengakibatkan dana pasukan bermasalah sehingga ada cubaan menyelamatkan pasukan pahang dengan menswastakan pasukan dan mengasingkannya daripada PBNP . Jika benar aduan bahawa Kedah menurunkan pemain yang digantung , maka bukankah adil jika kita biarkan siasatan dijalankan dengan teliti ? Bukan menuduh semberono bahawa ini satu usaha penyelamatan untuk Pahang.

    Jika pemain itu digantung perlawanan , anda juga bersetuju beliau tidak berhak bermain. Jika betul ini berlaku , maka Kedah perlu diadili , Pahang perlu diadili.

Comments are closed.