“Lucas Kalang dipilih kerana keupayaannya” – CEO Sabah FC

CEO Sabah FC, Dato Verdon Bahanda, telah menegaskan bahawa pelantikan Lucas Kalang Laeng ke jawatan ketua jurulatih Sabah FC tidak perlu dipertikaikan.

Beliau yang berkata demikian pada sidang media di pejabatnya berkata bahawa Lucas dipilih kerana kepakarannya, khususnya dalam bidang Sains Sukan.

“Keperluan untuk beliau berada di dalam pasukan Sabah FC berdasarkan kepakaran beliau, khususnya dalan Sains Sukan. Jadi perkara ini tidak perlu ditimbulkan lagi.”kata Verdon daam sidang media itu.

Lucas merupakan ketua jurulatih baharu Sabah FC menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto, namun pelantikan beliau dipersoalkan oleh peminat Sabah ekoran kekurangan maklumat berkenaan latar belakang jurulatih dari Sarawak itu.

Dalam pada itu, Verdon berharap semua akan bekerjasama untuk membantu Sabah FC berjaya, baik dari segi penglibatan kelab tersebut di Liga Super, ataupun program pembangunan bola sepak Sabah secara amnya.

“Saya harapkan semua orang akan bekerjasama untuk kejayaan Sabah FC pada musim hadapan, bukan setakat dalam Liga Super, tetapi pembangunan bola sepak Sabah secara amnya.” katanya lagi

Rakaman sdidang media tersebut boleh anda lihat pada video di bawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top