LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih JDT Mora Benjamin, menegaskan pemain – pemain tempatan dan luar negara yang beliau miliki adalah hampir sama dari segi kualiti.

Beliau yang ditanya berkenaan perkara tersebut oleh pemberita selepas perlawanan menentang Sarawak United menyatakan bahawa semua pemainnya bermain dengan baik, dan adalah sukar untuk beliau menamakan pemain terbaiknya.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Malah beliau berkata penukaran pemain tempatan untuk satu – satu posisi di JDT kini tidak akan menggangu pasukan begitu banyak.

“Semua pemain saya bermain dengan baik. Susah untuk saya namakan seorang pemain. Fernando (Martin) pemain baharu kami, dan beliau masih menyesuaikan diri.

“Secara jujurnya, pemain tempatan dan pemain import JDT adalah hampir setaraf.

>> JERSI JDT FC 2022

Sumber gambar: JDTFC

Saya boleh menukar Learnodo untuk Syafiq Rahim dan anda tidak akan lihat banyak perubahan kerana mereka berdua pemain yang sangat bagus.” kata Mora kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Mora juga berpendapat bahawa pemainnya sudah agak serasi dan memahami kehendaknya sebagai ketua jurulatih.

Beliau juga mengakui suka akan cara JDT bermain kini dan pemainnay menterjemahkan arahannya dengan baik di atas padang.

“Saya rasa saya sudah lama bersama JDT, jadi pemain sudah arif tentang cara saya bekerja.

“Saya cuma perlu memberi sedikit arahan dan pemain sudah dapat memahaminya.

“Dalam padang mereka yang menentukannya, dan mereka kini bermain bolasepak yang baik dan saya sukakannya. Mereka bermain dengan pantas, kita bermain dengan penguasaan padang yang baik dan transisi posisi di padang yang baik.” ulas Mora lagi.

Sumber gambar: JDTFC