Penaja pakaian rasmi Sarawak FA, Lea Sports Centre (LSC) telah mula menerima tempahan bagi mereka yang berminat mendapatkan jersi baharu Sarawak FA secara atas talian mulai hari ini.
Sumber SarawakCrocs.com memaklumkan bahawa jersi jenama StarSports tersebut adalah dalam kategori ‘replika original’ dan ianya boleh dibeli pada harga RM69.90 secara atas talian di kedai atas talian LSC. Jersi tersebut dijual lengkap bersama logo penaja terbesar pasukan Sarawak bagi musim 2014.
Mengikut sumber yang kami terima, LSC dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan melancarkan jersi versi pemain pada 8 Januari ini, sekaligus menyaksikan peminat yang sudah menempah jersi tersebut memperolehi jersi tersebut dalam sehari dua selepas tarikh pelancaran.
Buat masa ini, hanya jersi ‘home’ sahaja yang boleh ditempah oleh peminat, manakala peminat yang berkenan mendapatkan mafla Sarawak boleh membelinya di kedai online ini.