Sempena pelancaran jersi baharu pasukan Sarawak petang ini, pihak Lea Sports Centre (LSC), pemilik kepada jenama StarSports yang menjadi jenama rasmi pakaian Sarawak, dijangka akan menawarkan diskaun bagi pembelian jersi berkenaan untuk hari ini.
Jangkaan ini dibuat berdasarkan hakikat bahawa pihak LSC juga ada menawarkan diskaun istimewa bagi hari pelancaran jersi Sarawak pada musim-musim lepas, dengan tawaran potongan sehingga 10% ditawarkan ke atas jersi tersebut.
Dalam pada itu, adalah dijangka bahawa jersi baharu yang dilancarkan petang ini mempunyai corak ala Dayak, dan mengekalkan warna merah sebagai warna utama bagi jersi ‘home’.
Harga bagi jersi tersebut dijangka tidak berubah, yakni RM149.90 untuk jersi versi pemain, dan RM69.90 untuk jersi replika.
Pelancaran jersi dijadualkan pada jam 3PM petang ini di CityOne Megamall.